Dulu gambar bertiga, sekarang hanya berdua! Tiba giliran Engku Emran ‘unfollow’ Laudya Cynthia Bella, tukar foto DP tanpa isteri

Terbaharu netizen ‘menghidu’ tindakan suami kepada pelakon tersebut iaitu Engku Emran menukar foto profil (DP) di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam foto tersebut, kelihatan Emran dicivm mesra oleh anak tunggalnya Engku Aleesya.

Seperti yang diketahui umum, sebelum ini usahawan tersebut menggunakan foto profil memperlihatkan dia bersama Laudya dan Aleesya.

Engku Emran dan Laudya berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur.

Gara-gara menukar foto tersebut, akaun Instagram milik Emran dihujani pelbagai persoalan daripada pengikut.

Bagaimanapun, hasil carian mStar mendapati nama akaun asal @iamkumbre ditukar kepada @narmeukgne.

Pasangan ini juga dilihat tidak lagi mengikuti akaun masing-masing yang menguatkan lagi spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Sebelum ini, pelakon filem Surga yang Tak Dirindukan itu ada memuat naik status di Instagram menyebut mengenai ‘Tak Ada Yang Abadi’ sambil berkongsi petikan ayat suci Al-Quran.

Sehingga kini, baik Laudya atau Engku Emran, masing-masing mendiamkan diri dan enggan mengulas mengenai status hubungan rumah tangga mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Dulu gambar bertiga, sekarang hanya berdua! Tiba giliran Engku Emran ‘unfollow’ Laudya Cynthia Bella, tukar foto DP tanpa isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*