Khalid Perlekeh Jurulatih, Sekali Legend Sound

MANA boleh terus nak pegang pasukan bawah 19 (B-19) negara kalau tak pernah melatih pasukan. Jangan ingat dia bekas pemain, dia boleh jadi jurulatih yang hebat.

Itu pandangan dan contoh diberikan legenda skuad Harimau Malaya, Bakri Ibni mengulas kenyataan seorang lagi bekas pemain, Khalid Jamlus yang dilihat memperlekehkan tugasan jurulatih di peringkat pembangunan.

Kelmarin, kecoh di laman sosial apabila peminat mempertik4ikan kenyataan Khalid yang juga pemenang anugerah kasut emas saingan Liga Malaysia bagi musim 2002 itu apabila mengakui dirinya layak untuk membimbing pasukan bertaraf kebangsaan dan negeri berbanding kanak-kanak.

Kenyataan itu jelas mengguri1s hati ramai pihak termasuk Bakri yang turut membuka akademi bola sepaknya sendiri iaitu Akademi Tunas Lagenda yang melatih ramai pemain remaja berbakat di seluruh negara.

Bakri yang pernah membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 nyata ber4ng dengan Khalid yang disifatkannya ‘cakap besar’ dan tidak menjaga perasaan pihak lain.

“Saya nak bagi contoh, dia (Khalid) yang tak pernah latih pasukan takkan nak terus bawa pasukan B-19 negara. Dia tak pernah buktikan apa-apa dalam bidang jurulatih.

“Jangan ingat bila menang kasut emas dia juga boleh jadi jurulatih yang bagus. Tak semua bekas pemain bola jadi jurulatih dan tak bermakna yang bukan bekas pemain profesional tak boleh jadi jurulatih.

“Dulu ada Jita Singh bekas jurulatih Singapura. Beliau bukan bekas pemain tetapi boleh bawa Singapura menang Piala Malaysia (1980). Dia kena hormat semua orang lebih-lebih lagi jurulatih tak kira di peringkat mana sekali pun.

“Pergi latih dulu pasukan belia atau remaja kemudian baru naik hingga ke atas,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan termasuk trofi kasut emas dimenanginya cukup mengejutkan ramai pihak.

Ujar Khalid yang juga bekas penyerang Perak, Selangor dan Kelantan itu, dia mengharungi kehidupan yang perit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen jurulatih kelas B, dia mengakui agak sukar untuk mendapatkan pasukan termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya hampa.

Isu tukang kebun, Khalid mohon maaf

BEKAS pemain negara, Khalid Jamlus tampil memohon maaf di atas kenyataannya yang mungkin menguri1s hati sesetengah pihak.

Semalam, sejurus berakhirnya pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, bekas pemain Perak dan Selangor itu memandang remeh untuk melatih ‘budak-budak tukang kebun’ atau di peringkat pembangunan.

Reaksi itu terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan yang melabel Khalid seolah tidak menghormati jurulatih terutamanya di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, dia memohon maaf dan berkongsi kisah hidupnya yang pernah bekerja sebagai ‘runner’ di sebuah syarikat swasta.

“Kepada semua anda di sana yang pernah di sanjungi, tiba-tiba menjadi (sebahagian) kehidupan seperti saya, buat apa yang terbaik untuk melangsungkan kehidupan.

“Yang penting demi masa depan anda. Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi jurulatih (penolong jurulatih) PDRM FA, saya bekerja menjadi ‘runner’ di APAD. Adakah saya belagak dan memilih kerja…tak…dan pernah bekerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.

“Jadi mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan itu kerja saya esok hari atau jadi pengawal keselamatan, saya (sanggup) kerja. Kalau itu kerja hakiki saya.

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas, adakah itu pilihan terbaik.

“Cuma di sini (saya minta) jika ada peluang yang bersesuian dengan kebolehan saya je. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda,” katanya di laman Facebook rasmi miliknya.

Terdahulu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya cukup mengejutkan ramai pihak sekali gus membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Ujar Khalid, dia mengharungi kehidupan yang perit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen kejurulatih kelas B, dia mengakui agar sukar untuk mendapatkan pasukan termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya hampa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Musang Viral

 

Be the first to comment on "Khalid Perlekeh Jurulatih, Sekali Legend Sound"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*