First Time! Nadzmi Adhwa Tinggal Isteri Dan Anak Berusia 2 Bulan

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Nadzmi Adhwa mengakui bimbang apabila terpaksa berjauhan dengan isteri, Ardell Aryana dan anak perempuannya yang baru berusia dua bulan kerana tuntutan kerja.

Menurut Adhwa, ini merupakan pertama kali mereka berjauhan apatah lagi Ardell masih lagi dalam proses berpantang. Meskipun sedang berpantang, Ardell sempat mengambil masa untuk menghantar suaminya.

Difahamkan, Adhwa ke negeri Perlis untuk menjalani penggambaran program terbaharu berjudul Dua Dunia selama 17 hari. Dalam pada itu, Adhwa sempat menitipkan pesanan kepada isterinya supaya menjaga dirinya baik-baik.

“Masih dalam pantang jaga diri baik-baik ya sayang. Pertama kali berjauhan, 17 hari pula tu. Dah rindu kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anak sulung mereka selain mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan. Malah, netizen turut berharap proses berp4ntang Ardell baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : ROTIKAYA

 

Be the first to comment on "First Time! Nadzmi Adhwa Tinggal Isteri Dan Anak Berusia 2 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*