Bella Lahirkan Anak Tanpa Suami Aliff Aziz, Didi Astillah Dedah Rumah Tangga Kakaknya Yg Ramai Tak Tahu

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah bersyukur rumah tangga kakak, Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz bertambah baik selepas dihimpit kontr0versi silih berganti.

Didi, 24, mengaku melihat perubahan positif selepas pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah selepas bercer4i, Mei tahun lalu.

“Saya nampak perubahan positif di mana, Kak Bella dan Abang Aliff sentiasa menghubungi antara satu sama lain.

“Kiranya dari pagi hingga ke malam, dari bangun hingga tidur, mereka sentiasa membuat panggilan video yang turut disertai anak mereka,” katanya kepada BH Online.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Pasangan ini, bagaimanapun, rujuk ketika dalam tempoh edah, namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kotobian tadau tagazo do Kaamatan to all my Sabahan followers 🥰

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Didi gembira melihat kehidupan kakaknya yang bertambah baik, malah kagum dengan semangat dan ketabahan Bella dalam mengharungi dugaan.

“Baru-baru ini, ada orang cakap badan kakak naik ketika meng4ndung. Namun, kakak okay sahaja.

“Dahulu, kurus ditegur, gemvk pun ditegur… Orang memang tidak pernah puas. Awal-awal dahulu, kakak terasa, tapi sekarang dia sudah biasa.

“Kak Bella sejak zaman sekolah memang begitu. Dia sangat tabah dan selalu tunjuk contoh yang baik kepada adik-adik,” katanya.

Didi berkata, Bella selalu berpesan, biar apa pun terjadi, semua orang perlu bersabar.

“Begitu juga dengan percintaan. Kalau kakak bercinta, dia setia pada yang satu sahaja,” katanya.

Didi berkata, dia sentiasa berada di sisi kakak apatah lagi Bella baru melahirkan anak kedua, semalam.

“Kami duduk serumah, jadi saya memang sentiasa bertanya mengenai keadaan dirinya.

“Kami tidak boleh kalau tidak bercakap, kalau bergaduh pun sekejap sahaja. Saya kalau mahu muat naik foto di Instagram (IG) pun, saya bertanya dirinya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan seni, Didi lebih aktif dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Tambah Didi, dia bukan merajuk atau kece3wa atas sambutan diterima sebagai penyanyi, cuma ketika ini, dia lebih banyak menerima tawaran berlakon.

“Buat masa ini, saya tiada rancangan untuk merakamkan single. Namun, saya banyak berkongsi video nyanyian atau ‘cover’ di IG.

“Tawaran lakonan tidak pernah putus… Alhamdulillah. Mungkin rezeki saya lebih kepada lakonan, jadi saya okay sahaja,” katanya yang sedang menjalani penggambaran Keluarga Pasar untuk TV Okey.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Bella Lahirkan Anak Tanpa Suami Aliff Aziz, Didi Astillah Dedah Rumah Tangga Kakaknya Yg Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*