“Why You Post This One!” – Isteri Aaron Aziz Komen Sampai Letak Emoji Menangis

Jika ada yang tidak begitu mengenali Datuk Aaron Aziz, dia sebenarnya agak kelakar orangnya. Apa lagi kalau bergurau senda di media sosial.

Terbaru, Aaron memuat naik sekeping gambar yang agak mel0yakan di akaun Instagram miliknya itu. Gambar asam pedas yang termasuk cicak membuatkan ramai yang rasa ingin muntah.

“Gambar dari FB Ketvm GAming. Siapa yang tak ada idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak,” seloroh Aaron di entri tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar dari FB Ketum Gaming…siapa yg takde idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak. #Abgtakdebendanakpost #Abgnampakmcmmenarik #Abgnaktry #Abgrasastockmestitakputus #Abgjemputsemuamakan #CicaktengahChill

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Sememangnya entri tersebut mengundang pelbagai komen daripada warga maya termasuk isterinya, Datin Diyana Halik.

“Why you post this one!” komen Diyana sambil meletakkan emoticon menangis dan termunt4h.

Ramai lagi warga maya yang memberikan komen yang hampir serupa dan ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila cicak jatuh ke dalam masakan mereka.

Untuk rekod, Datuk Aaron Aziz berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada tahun 2003 dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Berasal daripada Singapura, Aaron mendapat taraf penduduk tetap Malaysia pada tahun 2012.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber: GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Why You Post This One!” – Isteri Aaron Aziz Komen Sampai Letak Emoji Menangis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*