Anju k0ngsi gambar mentua, netizen komen bila dpt tahu latarbelakang mentua

SEJAK dua tiga hari kebelakangan ini timeline di Instagram pelakon sensasi Zarina Anjoulie dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan pada hari pernikahannya bersama suami, Eilyas Azhar.

Ternyata perkongsian berkenaan cukup disenangi para pengikutnya apabila mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagian pasangan itu.

Antara yang mencuri perhatian ialah gambar Zarina yang lebih mesra disapa Anju bersama ibu bapa mentuanya.

“Saya sayang keluarga mentua saya. Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdulillah. Keluarga belah Yas (Eilyas),” tulis Zarina.

Rata-rata netizen meluahkan rasa senang hati dengan penerimaan baik keluarga Eilyas terhadap Zarina yang sering terpalit dengan kontroversi selama bergelar anak seni.

Zarina bersama suaminya, Eilyas Azhar.

“Antara artis yang nikah tapi masih jaga aurat. Tengok keluarga mentua pun bagus… siapa kita nak menilai orang. Tahniah!

“Alhamdulillah Anju dapat keluarga mentua baik-baik. Semoga kebaikan berpanjangan. Didoakan juga kedua pengantin baru bahagia hingga ke syurga Allah.

“Keluarga mentua yang baik untuk Anju. Semoga perkahwinan dengan Yas akan membawa berkat dan kekal hingga ke jannah. Cepat-cepat tambah anak.

“Bangga sangat dengan keluarga Yas sebab tak memilih langsung calon menantu. Macam ni la dipanggil, orang-orang beriman. Tak layak nak menghakimi orang sesuka hati,” komen beberapa netizen.

Zarina bergambar bersama keluarga mertua

Zarina Anjoulie bertuah dapat mentua ‘Islamik’ yang tak memilih – Netizen

Malah rata-rata mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas ikatan halal itu dan mendoakan agar pasangan tersebut mengecapi bahagia hingga ke syurga.

Pilihan tepat, alhamdulillah dapat keluarga baik2

Sebelum ini, Zarina sering dihimpit pelbagai kontroversi dengan pakaian menjolok mata dan aksi lucah yang tersebar di laman sosial.

Zarina dipercayai melangsungkan pernikahan bersama Eilyas pada 17 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Sudah sah bernikah

Menerusi IG stoy tersebut, dapat dilihat bahawa mereka seakan sudah bernikah dan melangsungkan pernikahan tersebut di Jabatan agama Islam susulan bapa kepada Anju turut berada disana.

Hal ini berikutan beberapa hari yang lepas, Anju kerap memuat naik status seakan sedang berada dalam fasa persiapan perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Diwalikan bapa kandung

Majlis pernikahan tersebut dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dengan Anju diwalikan sendiri bapanya.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.

Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, aktres yang dikenali sebagai Zarina Anjoulie ini menghilangkan diri daripada media dan peminat sejurus berpindah ke Brunei.

Kini beliau lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Fakta Menarik

Berasal dari Kuala Lumpur, sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Brunei selepas melalui beberapa episod kontroversi.

Pernah terbabit dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model, namun kini lebih aktif sebagai ahli perniagaan yang menggunakan laman sosial Instagram sebagai platform untuk mempromosikan produknya.

Ibu Zarina Anjoulie yang juga bukan calang-calang orang. Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.

Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.

I just found out that her mom is Aunty Aini the legendary woman who taught Gordon Ramsay to make beef rendang!!!!!!!!!!!!

Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan?

Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro. Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina.

Sumber: Zarina Anjoulie

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Anju k0ngsi gambar mentua, netizen komen bila dpt tahu latarbelakang mentua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*