“Kalau Boleh Majllis Nak Langsung Secepat Mungkin Sebab…,” – 6 Tahun Saling Kenali, Dayana Roza Selamat Bertunang

Pelakon, Dayana Roza telah selamat bergelar tunang kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudi.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh meriah di Damai Glasshouse, pada Rabu.

Di samping itu, bintang drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini memaklumkan akan melansungkan majlis perkahwinan pada penghujung tahun ini.

“Kalau boleh majllis perkahwinan nak langsung secepat mungkin sebab datuk A’dele tak berapa sihat. Jadi adalah lebih baik untuk dipercepatkan, insya-Allah.

“Jadi kami rancang untuk adakan majlis perkahwinan pada pertengahan Disember, moga dipermudahkan,” jelas Dayana yang turut lega kerana majlis pertunangannya hari ini berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

Dalam pada itu, Dayana turut berkongsi detik manis perkenalan bersama tunang tersayang.

“Saya berkenalan dengan dia kira-kira 6 tahun yang lalu dan pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja.

“Bagaimanapun, selepas 2 tahun kami mulai rapat dan dia ada ajak saya kahwin. Cuma pada ketika itu, saya t0lak lamarannya.

“Tapi inilah dikatakan jodoh…Sebenarnya sepanjang kami berkawan kami ada juga bergadvh tapi dia tak putvs asa untuk tawan hati saya.

“Lalu atas nasihat ibu juga, kami mulai berkawan. Sikapnya yang tidak putvs asa juga buat saya cair,” akuinya lagi.

Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 29 tahun itu telah menerima lima dulang hantaran berbalas tiga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Kalau Boleh Majllis Nak Langsung Secepat Mungkin Sebab…,” – 6 Tahun Saling Kenali, Dayana Roza Selamat Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*