Ibu Tampil Jelaskan Gelang Pink Dipakai Anak

Selepas tuIar foto seorang wanita memakai gelang pink di sebuah restoran di Ipoh, seorang ibu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi paparan skrin Whatsapp yang tuIar di media sosial, wanita tersebut mengakui foto tuIar tersebut adalah anaknya dan mengakui gelang tersebut adalah daripada sebuah taman tema.

Menurut wanita berkenaan anaknya memakai gelang tema tersebut selepas pulang daripada taman tema dikunjungi dan singgah di sebuah restoran untuk menjamu selera.

“Ye anak saya, kami pergi ke Lost World Tambun semalam. Balik makan di Pelita,” katanya.

Sementara itu menerusi lap0ran Astro Awani, satu lap0ran p0lis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penuIaran gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.

Perkara itu dimaklumkan Ketua P0lis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Dalam lap0ran p0lis itu, pengadu yang juga dipercayai pemilik kedai mendakwa telah mendapat gambar wanita yang tuIar dalam aplikasi WhatsApp pada jam 5 petang Selasa.

Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengadu mendapati gelang tersebut merupakan gelang masuk ke salah sebuah taman tema air di Ipoh dan bukan seperti yang didakwa.

Susulan itu, pemilik restoran terbabit menafikan berita yang tular dikaitkan dengan gambar terbabit dan meminta pihak p0lis mengambil tindakan sewajarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Ibu Tampil Jelaskan Gelang Pink Dipakai Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*