“Mama Semua Orang Datang Dengan Abah…” Soalan Anak Buat Siti Nordiana Seb4k

Penyanyi Siti Nordiana akui seb4k sebaik sahaja diajukan pertanyaan oleh anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie berkenaan dengan bapanya, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

Nana mendedahkan perkara itu menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan.

“Ryan masa arw4h abah dia meninggaI umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.

“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…

“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.

“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.

“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.

“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana seb4k.

Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, pada 21 Mac 2008.

Bagaimanapun pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada 14 September 2009. Faizal meninggaI dunia pada 1 Januari 2011 akibat ser4ngan jantvng.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Mama Semua Orang Datang Dengan Abah…” Soalan Anak Buat Siti Nordiana Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*