Diasak Soalan Jantina Anak Kedua, Scha Alyahya Akhinya Bersuara

PELAKON popular, Scha Alyahya yang kini ham1il empat bulan mengakui belum mengetahui jantina anak kedua yang bakal dilahirkan kelak.

Scha berkongsi perkara itu di Instagram Stories selepas mendapat kad ucapan serta sejambak bunga kiriman pengacara popular, Neelofa.

Menerusi kad itu, Neelofa mengucapkan tahniah atas berita keham1ilan Scha yang bakal memberikan adik lelaki kepada Lara Alana.

“Tahniah atas berita yang luar biasa ini dan memberikan hadiah berharga kepada Lara, seorang adik lelaki,” tulis Neelofa.

Bagaimanapun, Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari berkata, mereka belum mengetahui jantina bayi yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan.

“Lara buat hal la ni. Kami belum tahu lagi jantina bayi. Hanya doakan semoga bayi membesar dengan sihat. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.

Dalam kad ucapan sama, pengacara progam Next To Neelofa itu turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Scha sepanjang kehamilan.

“Anda pasti gembira atas keham1ilan kali kedua ini. Saya doakan anda selamat menjalani perjalanan ini,” katanya.

Terdahulu, berita keham1ilan Scha dikongsi Awal menerusi video berdurasi 38 saat sempena hari jadi ke-39 pengacara Melodi itu.

Dalam video itu memperlihatkan keterujaan Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai keham1ilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah Syukur. Lara macam gelak tak ikhlas je tu 🤪 #Repost @awalashaari with @get_repost ・・・ Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha 🤪 ❤️ #SchAwaLara

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

“Mummy sedang hami1l. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya.

Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu.

Scha dan Awal yang berkahwin pada 2012 sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Diasak Soalan Jantina Anak Kedua, Scha Alyahya Akhinya Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*