Terlopong tengok perubahan Cik B, slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful – “Yang kec4m tu… hambek!”

MEMILIKI gaya cukup bersahaja, Cik B yang sebelum ini hanya dikenali sebagai anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri.

Bukti populariti yang dikecapinya, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu turut menjadi trending di laman Twitter sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 19 Mei lalu.

Tolak ke tepi hal itu, nama Cik B kembali menjadi sebutan pada Sabtu gara-gara perkongsian terbaharu menerusi laman sosialnya.

Menerusi video Instagram yang turut dikongsi di Twitter, ramai netizen memuji penampilan terkini remaja itu yang kelihatan cantik dan lebih feminin.

Dalam rakaman singkat itu, Cik B turut ditemani seorang pelakon baharu iaitu Shasha Abedul.

Selain rambutnya yang kelihatan lurus dan didandan rapi, solekan ringkas yang dikenakan turut menaikkan seri wajah Cik B.

Paparan skrin rakaman tular berkenaan.

Dia juga kelihatan sedikit berbeza apabila kini mengenakan pendakap gigi.

Rata-rata komen netizen memuji penampilan itu dan menyifatkan Cik B kini semakin matang.

Malah, ia sedikit berbeza dengan gaya Cik B sebelum ini sebagaimana yang sering dikongsi menerusi video-video oleh ibunya.

Anak mama ke ni? Tunggu yang kec4m Cik B tu. Hambek

DATUK SERI VIDA

“Cantiknya Cik B. Serius cantik. Sump4ah tak tipu.

“Cantik Cik B buat mekap macam tu. Ke filter? Apa pun, soft glam with pinkish colour suits you well.

“Kenapa Cik B lawa sangat ni? Blushing aku tengok.

Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida.

“Tahniah Cik B berjaya. Keep it up. Stay healthy.

“Slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful kot, ‘ tulis beberapa netizen.

Selain itu, Vida sendiri turut meninggalkan komen menerusi posting tersebut.

Cik B berkongsi video berkenaan menerusi laman Instagram dan Twitter pada Sabtu.

“Anak mama ke ni? Tunggu yang kec4m Cik B tu. Hambek,” tulis Vida di ruangan komen Instagram.

Sehingga kini, video di Instagram itu menerima lebih 240,000 tontonan.

Video sama yang dikongsi di Twitter pula meraih hampir 260,000 tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Terlopong tengok perubahan Cik B, slow-slow dah boleh panggil Cik Beautiful – “Yang kec4m tu… hambek!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*