10 Pelakon Bayaran Paling Tinggi Di Dunia. Batman, De4dpool Juga Tersenarai

Industri seni sememangnya boleh dikatakan sebagai industri kekayaan, hanya dengan membintangi sebuah filem sahaja anda sudah memperoleh bayaran sehingga jutaan ringgit. Perkongsian dari laman Forbes telah menyenaraikan 10 aktor lelaki yang mendapat bayaran tertinggi di dunia. Stay tune guys!

10. Jackie Chan ( 40 Juta US Dolar)

Sudah berusia enam dekad kariernya, Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong-Sang adalah seorang bintang seni mempertahankan diri Hong Kong, stuntman, pengarah filem, koreografer aksi, screenwriter, produser, dan penyanyi ini masih aktif seperti biasa dan menghasilkan lima buah filem pada tahun lepas. Difahamakan, beliau menampung pendapatan filemnya berjuta-juta hasil sokongan dan licensing deals.

9 Adam Sandler ( 41 Juta US Dolar)

Adam Sandlers merupakan pelakon Amerika, pelawak, screenwriter, produser filem, dan penyanyi yang kini sudah berusia 53 tahun. Beliau telah menemui “rumah” di Netflix. Pada bulan Januari, beliau menandatangani perjanjian lain untuk menghasilkan empat filem lagi untuk platformnya setelah filemnya Murder Mystery menjadi salah satu filem yang paling popular sepanjang masa.

8 Will Smith (44.5 Juta US Dolar)

Will Smith atau nama sebenarnya Willard Carrol Smith Jr. adalah seorang aktor Amerika yang terkenal, produser, dan rapper. Will Smith memperoleh jutaan ringgit melalui Instagram, Youtube, dan TikTok. The Fresh Prince masih memperoleh watak-watak utama seperti dalam filem biografi berjudul King Richard. Will Smith memegang watak sebagai Richard Williams iaitu bapa dan jurulatih kepada pemain tenis Serena dan Venus.  Will Smith juga menandatangani perjanjian dengan Snapchat bagi lockdown series “Will From Home” semasa pandemik koronavirus. Dan akan datang, “Bright 2” di Netflix yang mana dilaporkan salah satu bayaran streaming tertinggi yang pernah ada.

7 Lin-Manuel Miranda (45.5 Juta US Dolar)

Lin-Manuel Miranda adalah seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi, rapper, produser, dan playwright.  Beliau juga menghasilkan dan turut membintangi dalam muzikal Broadway In The Heights dan Hamilton.

Disney memperoleh hak filem di seluruh dunia untuk produksi Hamilton Broadway pada harga 75 juta dolar tahun ini, meletakkan Miranda dalam senarai untuk pertama kalinya. Walaupun Broadway ditutup untuk baki tahun 2020, beliau masih boleh mengharapkan bayaran yang lumayan apabila In the Height versi filem dikeluarkan.

6 Akshay Kumar (48.5 Juta US Dolar)

Akshay Kumar atau nama sebenarnya Rajiv Hari Om Bhatia adalah seorang pelakon, produser, artis seni mempertahankan diri, stunt performer dan personaliti televisyen Bollywood. Beliau adalah antara bintang yang berpendapatan tinggi di Bollywood.

Kini Akshay Kumar sedang bersiap sedia untuk siri televisyen pertamanya The End di Amazon Prime. Akshay Kumar adalah salah seorang selebriti paling dermawan di Bollywood. Beliau pernah menyumbangkan sebanyak 4.5 juta US Dolar untuk bantuan koronavi1rus di negaranya.

5 Vin Diesel ( 54 Juta US Dolar)

 

 

Vin Diesel atau nama sebenarnya Mark Sinclair merupakan seorang aktor Amerika, produser, pengarah, dan screenwriter.  Beliau sangat dikenali sebagai Dominic Toretto dalam Fast And Furious dan menjadikannya salah seorang pelakon terlaris sepanjang masa. Francais Fast and Furious adalah lombong emas bagi Vin Diesel yang memperoleh hampir 20 juta US Dolar bagi ‘F9’ yang akan datang. Beliau akan memainkan watak utama dalam sekuel Avatar yang akan datang.

4 Ben Affleck (55 Juta US Dolar)

 

 

Ben Affleck atau nama sebenarnya Benjamin Geza Affleck-Boldt adalah seorang aktor Amerika, pengarah filem, produser, dan screenwriter. Beliau bersama dengan Matt Damon, pemain poker telah menganjurkan perlawanan yang berjaya mengumpul sebanyak 1.75 juta US Dolar untuk Feeding America untuk membantu yang terkesan kerana koronav1irus. Beliau juga mengumpul gaji sebanyak 8 angka bagi filemnya yang akan datang berjudul The Last Duel dan filem aksi berjudul Hypnotic.

3 Mark Wahlberg (58 Juta US Dolar)

 

 

Mark Wahlberg atau nama sebenarnya Mark Robert Michael Wahlberg adalah seorang aktor Amerika, produser, pemilik restoran, dan bekas rapper. Beliau adalah rapper pertama yang mencatatkan gaji tertinggi bagi beberapa buah filem seperti Daddy’s Home 2 dan Transformers: The Last Knight. Filemnya telah menjana pendapatan sebanyak 5.3 billion seluruh dunia. Tetapi beliau bukan sahaja aktif dalam lakonan, beliau dan keluarganya memiliki rangkaian restoran fast food iaitu Wahlburgers yang kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan antaranya di California, New Jersey, Alabama, Texas, dan Michigan.

2 Ryan Reynolds (71.5 Juta US Dolar)

Ryan Reynolds atau nama sebenarnya Ryan Rodney Reynolds adalah seorang aktor, produser filem, seorang usahawan. Beliau memegang watak superhero bagi filem Deadpool (2016) dan Deadpool (2018) yang memberikan kejayaan besar dalam hidupnya. Filem yang mencatatkan kutipan sebanyak 780 juta US Dolar seluruh dunia. Ryan Reynolds juga digelar sebagai anak emas Netflix yang memperoleh 20 juta US Dolar dari filem Six Underground dan Red Notice. Filem Ryan Reynolds yang seterusnya akan dikeluarkan tapi apa yang pasti beliau akan mendapat bayaran lapan angka bagi filem seterusnya.

1Dwayne Johnson (87.5 Juta US Dolar)

Dwayne Doughlas Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock adalah seorang aktor Amerika-Kanada, produser, ahli perniagaan, bekas peninju profesional, dan bekas pemain bola sepak bagi pasukan Amerika dan pasukan Kanada. Beliau adalah antara pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia untuk filem “Black Adam”  dan “Red Notice” yang akan datang. Bekas bintang gusti ini mendapat lebih dari 20 Juta US Dolar bagi setiap filem. Beliau juga terlibat dalam rancangan pertandingan NBC ” The Titan Games” dan siri “Young Rocks” akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "10 Pelakon Bayaran Paling Tinggi Di Dunia. Batman, De4dpool Juga Tersenarai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*