Bawa Beg Harga RM1.6 Juta, Doktor Gigi Berjubah Ini Jadi Kegillaan Ramai

Nama Wael Abul menjadi topik hangat di media sosial. Lelaki yang bekerja sebagai doktor gigi dan pakar kecantikan di Dubai ini menjadi viral kerana dia memuat naik gambar dirinya memakai jubah dan serban  sambil membawa beg jenama Hermes yang mewah semasa masuk ke kereta Aston Martin miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“ the holy grail “ #reveal #birkin #himalayan #birkinhimalayan #birkincroco #traditional #kuwait #kuwaitcity #astonmartin #mensfashion #stylelikewaelabul

A post shared by Wael Abul (@waelabul) on

Lebih menarik,  beg Hermes yang dibawanya adalah model sangat jarang ditemui iaitu Hermes Himalayan Birkin. Beg ini telah dinobatkan sebagai beg paling mahal di dunia kerana proses pembuatannya yang rumit. Salah satu beg Hermes Himalayan Birkin bahkan berjaya dilelong seharga 380 ribu dolar AS atau sekitar RM1.6 Juta pada tahun 2017.

Nampaknya, ini bukan kali pertama Wael Abul mempamerkan koleksi fesyen mewahnya. Sebelum ini, lelaki ini juga sering memuat naik gaya fesyennya di akaun Instagramnya, @waelabul.

Dari gambarnya, lelaki ini dengan lebih daripada 33 ribu pengikut Instagram kelihatan cukup hebat dalam menggabungkan pelbagai jenis barang fesyen dengan pelbagai gaya.

Bukan setakat jenama Hermes saja, semua barang fesyen yang dipakainya rata-rata berasal dari jenama mewah terkenal di dunia, seperti Louis Vuitton, Dior, Versace, Prada, Valentino, Gucci, Dolce & Gabbana, dan banyak lagi.

Menariknya, dari setiap penampilan OOTD yang ditunjukkannya di Instagram, Wael Abul selalu melengkapkan penampilannya dengan pelbagai model beg Hermes. Jika dilihat dalam Instagramnya, dia memiliki puluhan koleksi jenama Hermes di rumahnya. Hebat bukan?

Menurut laman web Passions Arabia, Wael Abul mempunyai minat yang besar dalam dunia fesyen. Dia mengakui bahawa dia sering mencari inspirasi gaya dari pertunjukan fesyen pereka terkenal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Bawa Beg Harga RM1.6 Juta, Doktor Gigi Berjubah Ini Jadi Kegillaan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*