Ibu Uyaina Arshad beri lampu hijau

Ibu kepada pengacara, Uyaina Arshad iaitu Siti Noor Farah mengakui kekasih anaknya yang juga penyanyi, Raja Syahiran memiliki kriteria sebagai menantu pilihan.

Perkara itu dikongsikan ketika Siti Noor Farah, abang Uyaina iaitu Mohd Azameer Uzreem dan Raja Syahiran membuat kejvtan hadir pada program MeleTOP, kelmarin.

Jawapan ibu Uyaina itu selepas pengacara, Nabil Ahmad bertanyakan adakah Raja Syahiran memiliki ciri-ciri menantu pilihan yang dicari.

Siti Noor Farah berkata, Raja Syahiran memiliki banyak kriteria untuk menjadi menantu dan suami kepada anaknya.

“Kriteria menantu banyak. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah ia rezeki,” katanya.

Dalam temubual itu juga, Uyaina turut bertanya kepada abangnya sama ada Raja Syahiran ‘lepas’ menjadi calon suaminya.

“Kalau umi lepas, abang yang nombor dua tu lepas atau tidak?” soal Uyaina.

Jawapan ringkas diberikan abang Uyaina iaitu lepas sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda okay dan bersetuju.

Sebelumnya, Raja Syahiran membuat kejvtan apabila muncul sebagai penghantar makanan Foodpanda dengan menyerahkan sejambak bunga kepada Uyaina sebelum menjemput masuk ibu dan abangnya.

Raja Syahiran berkata, kejvtan dibuat lebih kepada untuk menunjukkan keakraban dalam keluarga.

“Saya dapat bantuan daripada pihak produksi. Kita buat ini bukan lebih kepada kejvtan, tapi nak tunjuk keakraban dan segalanya mengenai keluarga. Sebab sekarang ini semua sedang ‘struggIe’ kerana C0vid-19. Jadi, nak bawa balik asas kekuatan kita adalah keluarga,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Ibu Uyaina Arshad beri lampu hijau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*