Kebajikan Diteruskan, Ustaz Ebit Lew Beli 150 Unit Kerusi Roda, Diberikan Secara Percuma Kepada…

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 150 unit kerusi roda untuk diberikan secara percuma kepada yang memerlukannya.

Ebit telah memaklumkan khabar tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ebit turut memberitahu, dia bersama pasukannya akan menambah lagi bilangan kerusi roda tersebut sekiranya tidak mencukupi.

“Pohon doakan yer. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan.

“Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900. InsyaAllah Jika habis kami akan tambah-ebitlew,” tulisnya.

Serentak dengan itu, perkongsian Ebit telah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap murni Ebit yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat.

Foto: Instagram Ebit Lew

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "Kebajikan Diteruskan, Ustaz Ebit Lew Beli 150 Unit Kerusi Roda, Diberikan Secara Percuma Kepada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*