Ebit nak sewa gudang utk menempatkan haiwan, Sekali Penduduk Kubang Jelai bantah, ini sebabnya

PENDANG – Penduduk Kampung Kubang Jelai di sini membantah tindakan memindahkan anjing dan kucing dari pusat pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar ke sebuah gudang persendirian di kampung tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kubang Jelai, Md Daud Rusdi Hassan berkata, kira-kira 700 penduduk di kampung itu tidak mahu haiwan itu dipindahkan di kampung mereka kerana boleh menyebabkan bunyi bising daripada salakan anjing dan pencemaran bau.

Menurutnya, majoriti penduduk di kampung tersebut adalah beragama Islam dan pemindahan ke lokasi di sebuah gudang dianggap sangat tidak sesuai.

Md Daud Rusdi Hassan

“Kami mendapat tahu bahawa Ustaz Ebit Lew akan menyewa sebuah gudang di kampung ini menerusi akaun Facebooknya pada Khamis. Kami agak terasa hati sebab sini penduduk majoriti Islam.

“Gudang itu adalah hak persendirian salah seorang penduduk kampung ini tapi kehadiran anjing akan mengganggu penduduk dengan bunyi salakan anjing serta bau yang tidak menyenangkan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tokai di sini.

Sementara itu, Md Daud berkata, pihaknya berusaha menghubungi Ebit Lew, namun gagal.

Menurutnya, laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang pada Jumaat berhubung perkara tersebut.

“Penduduk bimbang sisa buangan najis haiwan ini disalirkan ke sungai (tali air MADA) berhampiran kerana ia menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di kawasan itu,” katanya.

Md Daud (kanan) menyerahkan memorandum bantahan penduduk Kampung Jelai kepada Dr Hayati di PKWR DUN Tokai pada Sabtu.

Sehubungan itu, katanya, penduduk kampung akan membuat demonstrasi secara aman pada Ahad bagi membantah perkara berkenaan.

Sementara itu, Dr Hayati yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri untuk meminta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberikan masa kepada kerajaan negeri mencari tempat baharu.

Menurutnya, sudah ada beberapa cadangan tempat lain yang jauh dari penempatan ramai untuk dijadikan pusat pengurusan anjing dan kucing tersebut, namun lokasi masih dirahsiakan.

“Dalam mesyuarat lepas, tidak ada pegawai daerah yang sanggup menerima penempatan haiwan ini. Tapi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri minggu depan, kita harap ada solusi terbaik untuk cari tempat yang sesuai dan tidak mengganggu persekitaran masyarakat,” katanya

Tanah akan diambil semula PBT, ratusan haiwan bakal kehilangan tempat berlindung.

Selepas pemergian Allahyarhamah Mak Intan atau Halijah Idris pada awal Febuari lalu, kini ratusan kucing dan anjing peliharaannya pula bakal kehil4ngan tempat berlindung.

Ini apabila tanah yang menjadi tempat haiw.an itu berteduh akan diambil semula oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh seminggu lagi iaitu pada 21 Februari bagi tujuan pembangunan.

Tampil menghulurkan b.antuan, pendakwah dermawan, Ebit Lew yang mendapat tahu kesukaran yang dihadapi oleh waris Mak Intan untuk mencari tempat perlindungan baru bagi haiw.an terb.iar itu.

Pada hantaran di Facebooknya, Ebit berkata dia berhasrat untuk menyewa gudang atau membeli tanah untuk menempatkan kesemua haiwan malang tersebut.

“Doakan ya. Ada seminggu lagi 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap lagi. Saya nak taja gudang atau belikan tanah untuk semua anjing dan kucing ini. Saya tengah cari gudang atau tanah kawasan Alor Setar, Kedah.

“Kasihan saja tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru saja meninggal dunia minggu lepas kerana kanser. 30 tahun kutip anjing dan kucing s4kit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka,” katanya.

Ebit hari ini dilaporkan berkunjung ke tempat perlindugan haiw.an terbi.ar yang diusahakan oleh Allahyarham Mak Intan.

Menurut Ebit, selepas pemer.gian Mak Intan, haiwan peliharaannya itu kini berada bawah tanggungjawab anak-anaknya.

Kata Ebit, pihak berkuasa tempatan ada menyediakan kawasan untuk disewa dengan syarat tertentu.

“Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak taja tempat bagi semua anjing dan kucing ini

“Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar,” katanya.

Mak Intan yang merupakan pemilik pusat jagaan ratusan kucing dan anjing, Pak Mie Shelter menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah pada 10 Februari lalu.

Allahyarhamah Halijah, 73 atau lebih dikenali sebagai Mak Intan dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap kanser ovari.

Media sebelum ini melaporkan, Mak Intan yang menguruskan pusat perlindungan hai.wan terbia.r itu dan sanggup menghabiskan masa 24 jam semata-mata untuk menjaga sekurang-kurangnya 700 kucing dan anjing jalanan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/ebit-nak-sewa-gudang-utk-menempatkan-haiwan-sekali-penduduk-kubang-jelai-bantah-ini-sebabnya/

 

Be the first to comment on "Ebit nak sewa gudang utk menempatkan haiwan, Sekali Penduduk Kubang Jelai bantah, ini sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*