“Jangan Buat Kerja Tuhan” Bella Astillah Titip Nasihat, Tak Perlu Jaga Tepi Kain Orang

“Stop asking people probing personal questions. Why someone is not yet married or not having children is seriously not your business.”

Itu lah quote yang diambil oleh pelakon Bella Astillh daripada twit yang ditulis oleh Mufti Menk pada Januari lalu.

Tak tahu apa yang terjadi sehingga membuatkan Bella menulis semula quote tersebut.

Bella turut menulis caption mendoakan kesihatan semua serta mengingatkan untuk terus memperbaiki diri agar menjadi seseorang yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman Instagram juga menunjukkan kebanyakan daripada mereka sering ditanya tentang soalan peribadi.

Bagi mereka soalan peribadi merupakan soalan yang tidak sepatutnya ditanya oleh sesiapa pun kerana ia akan menyinggung perasaan.

Mungkin sebelum ini Bella sering diajukan soalan peribadi begitu sehingga menyebabkan ibu kepada dua cahaya mata itu berasa tidak selesa.

Semoga kita semua sentiasa beringat sesama sendiri supaya tidak mengambil tahu tentang urusan peribadi orang lain.

 

Sumber foto: Instagram Bella Astillah

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

 

Be the first to comment on "“Jangan Buat Kerja Tuhan” Bella Astillah Titip Nasihat, Tak Perlu Jaga Tepi Kain Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*