Isu Rampas Suami Orang, Inul Daratista Sindir Nissa Sabyan?

 

 

Muat naik terbaru dari penyanyi dangdut Inul Daratista membuat orang ramai tertanya-tanya. Dalam muat naik tersebut, Inul nampaknya menyindir mengenai isu perselingkuhan yang membabitkan nama penyanyi Nissa Sabyan dan Ayus Sabyan.

Dalam muat naik itu, Inul menulis bahawa mewujudkan kebahagiaan tidak perlu menyakiti orang lain.

Foto: Instagram Inul Daratista

“Menciptakan kebahagiaan tidak harus mengambil hak kebahagiaan orang lain, mencuri atau merampas,” tulis Inul.

“Kebahagiaan itu simple dan sederhana … jika dapat dibina dengan baik, ia tidak akan goyah, ia kuat kerana tidak mengambil harta orang lain❤️,” sambungnya.

 

Foto: Instagram Inul Daratista

Bekas juri Maharaja Lawak Mega itu kemudian menyatakan bahawa kebahagiaan yang dicuri dari orang lain bukanlah kebahagiaan sejati.

“Carilah kebahagiaan anda tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain,” tambah Inul.

Walaupun Inul tidak menyebut nama mana-mana pihak, banyak pengikut Inul mengaitkann muat naik itu dengan isu Nissa Sabyan dan Ayus Sabyan.

Sementara itu, mengenai isu kecurangan, bapa Nissa Sabyan dengan tegas membantah dan mengatakan bahawa anak perempuannya itu bukan orang ketiga dalam perkahwinan Ayus dan Ririe.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai

 

Be the first to comment on "Isu Rampas Suami Orang, Inul Daratista Sindir Nissa Sabyan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*