‘Doakan isteri saya sembuh semula’

Tiada apa yang diharapkan buat masa ini kecuali melihat semula isteri kembali sihat dan dapat melayari kehidupan berumahtangga serta sama-sama membesarkan empat anak yang masih kecil.

Itu harapan Imam Baydowi Sumardi, 32, buat isterinya, Nur Hana Ismail, 27, yang hil4ng ingatan selepas terbabit dalam kem4lang4n jalan raya pada 8 Ogos lalu.

“Buat masa ini mohon semua doakan isteri saya kembali sihat semula. Isteri telah mengalami pendar4han dalam kepala sehingga menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuka.

“Kami berdua terbabit kem4lang4n ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri terc4mpak, manakala saya terseret beberapa meter. Selepas diraw4t di bahagian Unit raw4tan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di h0sp1tal Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu.,” katanya yang bekerja sebagai penghantar barang.

“Isteri tak ingat saya, anak dan ibunya sendiri”

Imam Baydowi berkata, sejak kem4lang4n itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri. Mujurlah ada ibu mentua yang boleh tolong jaga empat anak buat masa ini.

“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri.

“Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Makmur 28, Taman Damai Jaya, di Johor Bahru.

Mula tunjukkan perkembangan positif

Terbaru, Imam Baydowi berkongsi keadaan isterinya mula menunjukkan sedikit perkembangan positif apabila mula memanggilnya dengan panggilan ‘abah’.

“Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah dah mula ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuba mengg1git diri sendiri dan juga saya.

“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.

“Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil h0sp1tal serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan k3selesaan isteri saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mengharapkan akan ada keaja1ban buat isterinya sembuh seperti biasa walaupun mengambil masa agak lama. Saya harapkan rakyat Malaysia terus mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : cempedakcheese.com

 

 

Be the first to comment on "‘Doakan isteri saya sembuh semula’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*