Solat Di MasjidilHaram Dan Nabawi Kembali Rapat Saf, Kapasiti Penuh Dan Tiada Lagi Jarak

Mekah – Hari ini Arab Saudi mula melonggarkan syarat jarak saf dalam solat berjemaah yang ditetapkan sejak bermula pandem!k Cov1d-19 bagi mengurangkan ris1ko j4ngkitan.

Di Masjidil Haram, petugas mula mencabut stiker petanda jaga jarak 1.5 meter selepas waktu Isya malam tadi (Sabtu).

Dalam siaran langsung dari Masjidil Haram pagi tadi, jemaah yang menunaikan solat Subuh dengan kapasiti penuh di masjid terbesar di dunia itu dilihat telah mula merapatkan saf.

Video mengenai kelonggaran syarat terbaharu itu turut dikongsi di Instagram Penceramah Bebas, Ustaz Abdulllah Khairi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official)

Menurut Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, hanya penerima dua dos v4ksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Tindakan kelonggaran SOP yang diambil oleh Arab Saudi berikutan penurunan kes harian c0vid-19 sejak mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://b.cari.com.my/ 

 

Be the first to comment on "Solat Di MasjidilHaram Dan Nabawi Kembali Rapat Saf, Kapasiti Penuh Dan Tiada Lagi Jarak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*