“Masih Tak Lupa Masa Saya Kerja Cat” Pernah Dulu Ditert4wakan Kini Hairul Azreen Bersyukur

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan sekerja mengenai impian besar untuk memiliki kereta mewah sewaktu dia bertugas sebagai tukang cat jalan raya pada 2007 lalu.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia tdak pernah lupa pada insden lama itu (digelak rakan sekerja) yang baginya menjadi bukti bahawa tdak slah untuk menyimpan angan-angan besar.

“Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.

“Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).

“Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal ‘,” katanya.

Pelakon filem Paskal itu juga percaya kata-kata juga sebenarnya doa, selain bekerja-keras memajukan diri demi mencapai sesuatu impian dihajati.

“Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa,” katanya.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

“Holiday Another level” Hairul Azreen, Hanis Zalikha bercuti ke pulau naik helikopter

Hairul sekeluarga bercuti di sebuah pulau di Terengganu menaiki helikopter.

PETALING JAYA – Jika orang ramai berpusu-pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak sempadan negeri dibuka semula, pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha pula bercuti dengan penuh gaya.

Masakan tidak, mereka tdak perlu bersesak dengan orang ramai di lapangan terbang kerana menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Berdasarkan pengamatan, dipercayai Hairul sekeluarga bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Redang, Terengganu.

Mereka sekeluarga termasuk anak-anak, Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 2, dilihat menaiki helikopter tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik pengarah dan pelakon filen Ada Hantu itu menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Bercuti dengan keluarga saya selepas sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau,” tulis Hairul di Instagram.

Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 33, percutian tersebut adalah yang pertama buat anak keduanya, Alisa.

“Alisa pertama kali bercuti, baby MCO,” tulis Hairul diruangan komen.

Sementara itu, rakan artis dan peminat turut teruja melihat gaya percutian mewah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu.

“Another level ya. Happy holiday abang dan family,” tulis pelakon Elvina Mohamad.

Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa selama satu jam 20 minit kongsi Hairul menerusi sebuah lagi video di InstaStory.

Sungguhpun begitu, Hairul tdak mendedahkan lokasi pulau yang menjadi destinasi percutian mereka sekeluarga.

 

Sumber:Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://www.dnq.pw

 

Be the first to comment on "“Masih Tak Lupa Masa Saya Kerja Cat” Pernah Dulu Ditert4wakan Kini Hairul Azreen Bersyukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*