[VIDEO] Wedding of the year! Kos majlis kahwin Haqiem Rusli, Anis Sofea Cecah RM7 Juta!

Sama cantik sama padan. Itulah peribahasa yang sesuai buat dua mempelai sejoli Haqiem Rusli dan Anis Sofea yang baru sahaja sah menjadi pasangan suami isteri. Menjadi bualan sepanjang minggu sejak Haqiem memberitahu akan menamatkan zaman bujang dengan seorang gadis berumur 19 tahun berasal dari Kelantan ini pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) baru-baru ini.

Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.41 petang, Jumaat.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka.

Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

Sah Menjadi Suami Isteri

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem.

Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya.

Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: mstar, hotfm, Instagram aqoimran

 

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Wedding of the year! Kos majlis kahwin Haqiem Rusli, Anis Sofea Cecah RM7 Juta!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*