Kongsikan Gambar Anak Sulung, Ozlynn Luah Rasa Rindu dan Pesanan Untuknya

 

 

Pelakon Ozlynn Wati meluahkan rasa rindu pada anak sulungnya, Ariq, yang kini sedang menyambung pengajiannya di Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.Menurut Ozlynn, walaupun terpisah benua, dia bersyukur apabila Ariq setiap hari menghubungi dia dan Johan. Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memuat naik foto terkini Ariq beserta titipan doa buat anaknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Rindu, mama sayang abang. Mama rindu abang. Terima kasih setiap hari call dan text mama papa. Anak soleh papa dan mama, amin. Dia hantar gambar pakai jubah baru lepas maghrib. Alhamdulillah, jangan tinggal solat anakku. Semoga Allah lindungimu. Papa dan mama tak akan lelah untuk mengingatkan dan menasihatimu,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Ariq yang berada di dalam bilik segak mengenakan jubah berona biru muda. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ozlynn yang tinggal berjauhan dan sedang merindui anaknya.

Malah, kata-kata positif turut diucapkan kepada Ariq untuk dia menimba ilmu yang bermanfaat di luar negara.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 68,000 tanda suka daripada pengikutnya.Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan, Cherdiq.- Sumber: Gempak

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : erakini

 

Be the first to comment on "Kongsikan Gambar Anak Sulung, Ozlynn Luah Rasa Rindu dan Pesanan Untuknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*