Fauzi Nawawi Cari Peluang Perniagaan Di Sabah, Ini Sebabnya.

 

GARA-GARA terpalit dengan kontroversi terlepas cakap isu rogol menerusi satu program temu bual, nama pelakon Fauzi Nawawi kini tidak lagi diterima di sebuah stesen televisyen (TV).

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi mengakui dia terkilan dengan tindakan stesen TV berkenaan kerana tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan namanya sudah disenarai hitamkan.

“Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak.

“Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

“Kalau betul pihak mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan.

“Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena banned,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, penerbit Azman Yahya atau Jinggo memuat naik status di Instagram mendedahkan Fauzi membawa diri ke Sabah selepas tiada lagi ruang dalam industri seni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Pada Oktober lalu, Fauzi dikecam kerana berkongsi pengalaman melakonkan watak seorang perogol bersama seorang aktres dalam sebuah filem.

Lebih menambahkan kemarahan ramai apabila Fauzi dilihat begitu bersungguh-sungguh menerangkan dengan terperinci situasi di set penggambaran menerusi sebuah program temu bual yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.

Bagaimanapun, pelakon berusia 48 tahun itu membuat permohonan maaf terbuka kepada aktres terbabit dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Fauzi 1

Fauzi dikecam gara-gara terlepas cakap isu rogol.

Dalam pada itu, pelakon drama Penjara Janji ini memberitahu dia membawa diri ke Sabah kerana ingin mencari peluang peniagaan di sana demi menampung kehidupan keluarganya.

“Saya tak nak bergantung rezeki kepada orang. Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan tapi saya nak cuba cari peluang lain.

“Apabila nama saya asyik kena reject stesen TV, saya rasa sudah tiba masa saya bawa diri dan cuba bidang lain. Jadi, saya buka sebuah kedai di Sabah.

“Buat masa ini, saya berulang-alik. Insya-Allah saya percaya pada rezeki. Saya kena buat kerja lain sebab ada keluarga dan anak-anak masih bersekolah,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Fauzi Nawawi Cari Peluang Perniagaan Di Sabah, Ini Sebabnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*