‘Pemilik Istimewa MOM64’ – Sha Hassan Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibunya

Sha Hasan atau Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan merupakan pengasas Shalicious Sdn. Bhd.. Usahawan berumur 26 tahun ini memulakan perniagaannya ketika berumur 19 tahun, bermodalkan RM250. Kini, perniagaannya sudah berkembang maju. 

Dalam satu muatnaik di laman Instagramnya pada Isnin, Sha melakukan kejutan  dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibunya, 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Kejutan itu dilakukan untuk menghargai ibunya yang sudah banyak berkorban dalam membesarkan Sha dan adik-beradiknya. 

“Seorang wanita besi yang byk berkorban utk kami adik beradik. Dari sha kecik tak pernah tengok dia bergaya, beli pakaian cantik cantik untuk diri sendiri apatah lagi berhabis untuk kemewahan diri. Dia habiskan kehidupannya untuk bekerja & sedaya upaya membesarkan anak dengan sempurna.”

Sha turut mengatakan bahawa ibunya adalah idola dan sumber kekuatannya. Sha juga turut mengatakn bahawa kejayaannya tak mungkin tercapai tanpa doa dari ibunya.

“Dialah idola & sumber kekuatan hidup sha. Apa sahaja yg korang tgk sha capai harini tak mungkin ada tanpa doa seorang ibu.”

Menutup postingnya, Sha mengatakan sekarang sudah sampai masa untuk dia membahagiakan ibunya pula. Sha juga turut mendoakan semua pembaca  agar dapat berbakti kepada ibu bapa sebelum mereka menutup mata. 

“Sekarang giliran sha memanjakan dia. Sedaya upaya sha cuba untuk buat dia happy di sisa sisa hidupnya. Sha doakan semua yg tengok ni jugak sempat bahagiakan kedua orang tua sebelum mereka menutup mata “

Sebelum ini, Sha Hasan pernah tular apabila dia ingin menghadiahkan sebuah kereta untuk ‘Abang Viva’. Difahamkan kedua-dua pihak sudah berjumpa.

 

Sumber : Instagram Sha Hasan 

 

Be the first to comment on "‘Pemilik Istimewa MOM64’ – Sha Hassan Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*