Tiba-Tiba Jantung Berdegup Laju, Ini Rupanya Punca Ramai Tak Tahu

Pernahkah kita mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal kita sdg duduk beristirehat je.

Jika perkara itu terjadi buat sementara, ianya mungkin tidak merbahay4kan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor.

Nak tahu lebih lanjuti ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai punca berlakunya masalah kesihatan ini.

PUNCA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP LAJU

Terdapat pelbagai puncanya.

Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai *aritmia* berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.

Terdapat 4 lagi keadaan di mana masalah ini berbahay4.

1. Jantung berdebar disebabkan penyakit *sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung*.

Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung. Ini

menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab.

2. Aritmia *selepas pembedahan jantung*.

Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.

3. *Perubahan pada otot jantung* . Jika kita pernah mengalami serangan sak!t jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.

4. Aritmia jantung disebabkan *ketidakseimbangan mineral*

Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung. Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.

*Tanda degupan jantung laju dan berbahay4* apabila

kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sak!t pada kawasan dada. Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sak!t jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : Keluarga

 

Be the first to comment on "Tiba-Tiba Jantung Berdegup Laju, Ini Rupanya Punca Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*