Isteri Dalam Pantang Bayi Sulung, Suami Kurang Perhatian Pilih Nikahi Pekerja Sendiri

BARU-BARU ini tular ciapan di aplikasi Twitter perkongsian seorang wanita bercerita mengenai suaminya berkahwin lain ketika dia sedang berpantang.

Menerusi temu bual bersama, wanita bernama Nurul Aqilah mengakui kecewa namun reda apabila suaminya dikenali sebagai Datuk Syed berkahwin ketika dia bersalin anak pertama.

Mendapat tahu suaminya berkahwin saat dia sedang berpantang anak pertama, itulah ujian hebat yang cukup meranapkan emosi seorang wanita bernama Datin Nur Aqilah ini.

Bersama temubual dengan mStar, dia mendedahkan kisah lanjut tentang kemelut berkenaan sekali gus menjernihkan tanda tanya orang ramai.

Menurut kisah awal, Datin Nur Aqilah telah menjalani tempoh berpantang selama 2 bulan di rumah ibunya setelah melahirkan bayi sulung pada September 2022. Di saat dia menjaga anak sendiri tanpa dibantu suami di sisi, siapa menduga lelaki itu mula menjalinkan hubungan dengan seorang pekerja di kedai makan milik mereka.

Sebelum ini, Datin Aqilah sempat merasa pelik mengapa gadis berusia 19 tahun itu tidak bercakap dengannya dan mengambil keputusan berhenti kerja. Rupanya di sebalik itu, dia telah berkahwin dengan suami Datin Aqilah dan kehidupannya ditanggung sepenuhnya. Lantaran merasa kurang perhatian di waktu isteri berpantang, saat itulah hubungan berkenaan semakin serius.

Tambah Datin Aqilah, suami memang enggan berpisah dan berkata si madu tidak akan pernah menunjukkan diri. Namun selaku isteri pertama, bukan senang untuk menghadam semua ini apalagi dia diminta jalani hidup seperti tiada apa-apa. Pasrah dengan takdir Allah, kekuatannya sekarang adalah demi anak semata-mata.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Kredit : YouTube mStar

 

Be the first to comment on "Isteri Dalam Pantang Bayi Sulung, Suami Kurang Perhatian Pilih Nikahi Pekerja Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*