“Rahsia Penyakit Demi Dapat Job Tak Sepatutnya Berlaku..”- Fazley Yaakob

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa simpat dengan nasib menimpa Allahyarham Ridzuan Hashim yang terpaksa merahsiakan penyakit dideritainya kerana bimbang tidak dapat tawaran berlakon.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 44, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan dan berharap ia tidak berlaku kepada rakan-rakan artis yang lain.

“Terpaksa merahsiakan penyakit kerana takut hilang kerja. Allahu… terlalu pedih ayat ini untuk ditelan.

“Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal?

Fazley simpati nasib Ridzuan Hashim.

“Perkara ini perlu dihentikan! Tolong sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat kerja,” katanya.

Fazley berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa majikan perlu buka mata mengenai perkara ini selain pelakon itu sendiri kena percaya akan rezeki yang tertulis buatnya.

Dalam pada itu, Fazley meluahkan kebimbangan sekiranya ada pihak yang memang tidak akan menawarkan sebarang tawaran sekiranya mengetahui seorang selebriti itu berpenyakit kerana bimbang akan menyusahkan perjalanan sesuatu projek.

Janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama.

FAZLEY YAAKON

PENYANYI

“Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ia merupakan mata pencarian utama seseorang.

“Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang memberi kerja, secara rahsia mengeluarkan amaran ‘kalau dia ada penyakit jangan diberi kerja, nanti menyusahkan semua orang’,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Anak lelakinya, Muhammad Dhanial, 29, mendedahkan bapanya sudah menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lalu tetapi minta ia dirahsiakan kerana bimbang tidak akan dapat tawaran berlakon.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "“Rahsia Penyakit Demi Dapat Job Tak Sepatutnya Berlaku..”- Fazley Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*