Anak Ain Edruce dij4ngkiti Paralnfluenza, suhu badan kerap turun naik

 

 

HATI ibu mana yang tak bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan mengalami demam panas sehingga 39 darjah.

Menurut pelakon Ain Edruce, lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan anak perempuannya yang bernama Soraya dijngkiti vlrus Parainfluenza dan terpaksa ditahan wad sejak Rabu lalu.

Berkongsi perkembangan kesihatan anaknya selepas tiga hari dirawat di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, berkata doktor hanya memantau keadaan Soraya memandangkan tiada ubat untuk virus tersebut.

Ain 2

Ain muat naik keadaan anaknya di Instastory.

“Dia mula batuk dan selsema pada Rabu. Masa dia bangun tidur tengah hari itu suhu badan dia naik sehingga 39. Saya dan suami terus bawa ke unit kecemasan.

“Soraya terpaksa ditahan wad dan ambil darah. Doktor maklumkan Soraya dijngkiti Parainfluenza… tapi bukan Influenza.

“Virus ini tak ada ubat untuk dia. Apa yang doktor boleh buat, pantau keadaan suhu badan, batuk dan selsema,” kata Ain ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini berkongsi video memperlihatkan anaknya berada di sebuah hospital.

Sementara itu, Ain yang juga seorang pengacara televisyen memberitahu suhu badan anaknya agak sering turun naik.

Berharap keadaan Soraya cepat sembuh, Ain berkata anaknya berkemungkinan akan dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu.

Ain 1

Ain bersama anak dan suaminya, Muhammad Amirul Hafiz.

“Pagi tadi doktor periksa suhu badan dah turun tapi tengah hari naik balik. Suhu badan dia kejap naik, kejap turun.

“Insya-Allah kalau keadaan dia semakin baik, esok dah dibenarkan pulang. Harap semua boleh doakan Soraya cepat sembuh,” ujarnya.

Untuk rekod, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 28, pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya pada 19 Mei lalu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Anak Ain Edruce dij4ngkiti Paralnfluenza, suhu badan kerap turun naik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*