Belanja Hampir RM6K Beli iPhone 13 Pro Max, Tapi Benda Lain Pula Yang Sampai

 

Apa perasaan korang bila barang yang korang beli online kena delay berminggu-minggu, lepas tu bila dah sampai, lain pulak yang diterimanya?

Begitulah apa yang dilalui seorang lelaki di United KIngdom ini lepas dia menerima dua bar coklat Cadbury yang dibalut dengan tisu busuk dan bukannya iPhone 13 Pro Max yang dipesannya sebagai hadiah Hari Krismas.

Lapor DailyMail, Daniel Carroll menjelaskan, dia membeli telefon mewah terbabit dengan harga £1,049 (hampir RM6,000) menerusi laman web rasmi Apple pada 2 Disember lalu. Pun begitu, iPhone yang dipesannya tidak dapat dihantar sehingga 17 Disember disebabkan beberapa masalah.

“Saya check dengan syarikat kurier dan pilih untuk collect sendiri barang saya tapi saya dinasihati untuk datang ambil pada 18 Disember. Tapi bila saya pergi pada hari Sabtu tu, tempat tutup pulak,” kata Carroll.

Carroll yang tinggal di West Yorkshire sekali lagi datang ke syarikat kurier terbabit pada hari Isnin dan akhirnya berjaya mendapatkan parcel miliknya. Walau bagaimanapun, Carroll sedar kotak parcelnya itu sudah dibuka orang lain kerana pita pelekatnya longgar dan ia terlalu ringan.

Setibanya di rumah, Carroll segera membuka parcel yang baru diambilnya dan mendapati iPhone 13 Pro Max yang dibelinya tiada tetapi sudah ‘digantikan’ dengan dua bar coklat Cadbury’s yang dibaluti tisu busuk dipercayai sudah digunakan.

Perkongsian Carroll itu mendapat banyak reaksi daripada pengguna laman sosial lain yang menyifatkan insiden itu sangat mengecewakan dan sangat tidak professional.

Insiden itu dilaporkan sedang dalam siasatan bagi mengenal pasti si pelaku dan syarikat Apple difahamkan sudah dihubungi bagi mendapatkan ganti.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  lobakmerah

 

Be the first to comment on "Belanja Hampir RM6K Beli iPhone 13 Pro Max, Tapi Benda Lain Pula Yang Sampai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*