Murid Buat ‘Drama’ Panjat Guru Sedang Mengajar Dalam Kelas. Dah Dukung Terus Tak Nak Lepas

Kita semua tahu, murid bagi sekolah rendah dan menengah baru sahaja memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2023. Banyak keletah dan gelagat lucu murid-murid Tahun 1 yang mencuit perhatian netizen.

Mana tidaknya, ini lah kali pertama mereka berpisah dengan ibu bapa dan perlu berdikari tanpa mengharapkan pada sesiapa.

Seperti baru-baru ini, tular di laman sosial di mana, seorang murid lelaki memanjat guru mereka di hadapan rakan-rakan sekelas.

Tak ubah seperti seorang bapa, guru itu menuruti sahaja kehendaknya.

Sambil mendukung murid berkenaan, dia meneruskan sesi pengajaran dengan penuh semangat seperti mana yang dapat dilihat dalam video tersebut.

Malah, lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, insiden ‘dukung’ seperti itu turut melibatkan beberapa murid lain sejak hari pertama persekolahan pada Isnin lalu.

“Budak umur lima atau enam tahun pertama kali pergi sekolah, belum biasa dengan kawan-kawan baharu, jadi perasaan takut tu mungkin ada. Bukan hari pertama je, tapi berhari-hari.

“Macam ada kes seorang murid ni, dia menangis nak ikut balik ayah dia. Saya pujuk sambil dukung dia, sudahnya dia tak mahu lepas terus nak dukung selama beberapa minit,” katanya kepada mStar.

guru dukung murid 3

Zainal berpengalaman dalam bidang perguruan selama 18 tahun.

Guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam, Selangor itu menjelaskan, apa yang dilakukannya adalah salah satu cara untuk memberi keselesaan kepada murid-murid prasekolah supaya dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

“Sebagai guru, kita tak boleh menggunakan kekerasan. Apabila dia sudah diam selepas dipujuk, ada pula kawannya pula yang menangis… jadi macam bergilir kena dukung untuk memujuk.

“Ada yang saya cuba turunkan walaupun selepas dah tak menangis, tapi naik semula ‘panjat’ nak dukung. Lengan lenguh tapi saya dah biasa,” ujarnya yang berasal dari Sabak Bernam.

guru dukung murid 2

“Masa belajar, belajar, masa bermain, boleh bermain. Saya mahu kesemua mereka berasa seronok datang ke sekolah.

“Ambil masa untuk mereka biasakan diri. Ada yang berdukung berhari-hari sampai dua minggu dan paling lama setengah jam,” katanya sambil menambah isterinya juga berkhidmat sebagai guru.

guru dukung murid 1

Zainal (kiri) dan isteri yang juga bertugas sebagai guru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Murid Buat ‘Drama’ Panjat Guru Sedang Mengajar Dalam Kelas. Dah Dukung Terus Tak Nak Lepas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*